THE MALAYS ASSASINS
ashyanaassasins.blogspot.com
Azzaynee Azham memerhatikan dengan pelik kerenah abang dan datuknya yang rasanya cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.Apabila dia cuba turun ke bawah untuk melihat datuk dan abangnya,yang sedang khusyuk berbincang di atas pangkin bawah pokok mangga di hadapan rumahnya.Tapi mengapa mereka tiba-tiba beredar dari tempat tersebut apabila Azzaynee sedang memerhatikan mereka.Tiba tiba sahaja Azzaynee teringat akan rakan-rakannya yang juga rasa-rasanya cuba merahsiakan sesuatu darinya pagi tadi,sama seperti abang dan datuknya jua.
Kini Azzaynee tanpa rasa ragu-ragu merasakan yang memang ahli keluarga dan rakan-rakannya di kampung ini cuba menyembunyikan satu rahsia besar darinya.Tetapi satu sahaja perkara yang bermain di dalam otaknya sekarang;apakah yang ingin dirahsiakan oleh mereka sehingga cuba mengelak darinya jika bertembung?
"Takkan sebab aku pernah duduk di bandar dahulu menyebabkan mereka semua pandang hina dan cuba menjauhi aku?Setahu aku,tak pernah tangan aku cuba buat perkara jahat masa aku tinggal di bandar dahulu.Ahh....,"Azzaynee mula berprasangka buruk apabila terkenangkan insiden tadi dan sebab-sebab dia diperlakukan sebegitu oleh ahli keluarga dan rakan-rakan barunya di kampung itu.
Misi Nara Biyajid akhirnya berjaya.Beliau akhirnya berjaya membunuh seorang pengkhianat yang membocorkan rahsia pertahanan Melaka kepada tentera Portugis.Pihak Portugis mungkin akan merasai kehilangan pengkhianat ini kerana pengkhianat ini sanggup setia kepada bangsa kafir penakluk daripada saudara seagamanya sendiri.Namun,Nara telah membuat kesilapaan besar.Beliau telah membunuhnya di dalam pekarangan istana Sultan Melaka ketika pengkhianat ini sedang cuba melakukan kerja terkutuknya itu,dan pembunuhan senyap ini telah disedari oleh dua orang pengawal istana yaang kebetulan sedang melakukan rondaan di situ.
"Seorang tentera kita dibunuh oleh lelaki berjubah itu.Tangkap lelaki berjubah itu!"seorang pengawal istana memberi arahan kepada rakannya untuk menyerang Nara Biyajid.
Nara,tanpa membuang masa terus menuruni bukit lalu memanjat tembok istana di bawah bukit itu.Seorang pengawal cuba menembaknya menggunakan istinggar namun bidikannya tersasar ke dinding tembok.Nara berjaya melarikan diri dari pekarangan istana setelah melepasi tembok utama istana.Beliau kemudian terus mengambil jalan ke pasar Cina menggunakan jalan yang sesak dengan orang ramai.Nara akhirnya hilang ditelan pandangan di sebalik arus kesesakan manusia sepanjang jalan tersebut.
Nara merasakan kedaulatan Melaka kini agak selamat,mungkin untuk sementara sahaja....
Nara berasa kecewa apabila melihat sebilangan pedagang Gujerati dan China,yang dahulunya bersumpah taat setia kepada Sultan Melaka,kini sibuk mencari Portugis untuk menyerah diri.Jika diikutkan hatinya,sudah lama beliau mahu membunuh sahaja Nina Chatu pengkhianat itu,namun keadaan dirinya yang cedera parah di anggota badannya menghalangnya dari melakukan sedemikian,tambahan pula beliau harus mengikut arahan Putera Raja Alauddin supaya jangan menyerang dulu tetapi pastikan dalam keadaan yang siap sedia.Nara hanya menggengam tangannya kuat lalu menghempasnya ke tanah.Air mata penyesalan jelas tumpah dari kelopak matanya.Beliau tidak menyangka,pengkhianatanlah yang menyebabkan tanah airnya diserang oleh penjajah Portugis keparat itu.
Nara betul-betul merasakan yang Melaka mungkin akan jatuh dalam masa yang terdekat sambil menahan rasa hiba dan geram melihat anak bangsanya sendiri sanggup menjadi pengkhianat semata-mata kerana wang dan harta.
Tiba-tiba kedengaran bunyi meriam bersahut-sahutan dengan bingitnya,jeritan pejuang-pejuang Melaka yang rebah ditembak oleh arbeques Porugis,tidak ketinggalan juga bunyi tembakan istinggar dan terakol dari pejuang Melaka yang gigih mahu menewaskan musuh durjana.Nara memerhatikan dengan pilu wajah-wajah pejuang-pejuang anak bangsa yang penuh dengan semangat juang selepas merka dibacakan Hikayat Ali Hanafiah malam tadi.Beliau hanya memerhatikan mereka berjuang sambil terkulai lemah di dinding tembok tersebut.
Demikian adalah antara sedutan yang terdapat dalam cerita Hikayat Assassin Melayu atau lebih digelar sebagai The Malays Assassins Secret History yang akan dimuatkan dalam blog ini.Cerita ini berdasarkan cerita fiksyen hasil buah pemikian penulis sendiri mengenai peranan kumpulan rahsia assassin dalam garis masa sejarah Melayu juga dalam perjuangan menentang anasir penjajahan di tanah air kita.Semoga ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua.
Nantikan post selanjutnya mengenai hubungan darah rahsia di antara masa dahuu dan sekarang melalui proses chanelling,rahsia perjuangan Assassin dalam menentang penjajah dan petualang bangsa dalam menegakkan kedaulatan agama,bangsa dan tanah air.
Hubbul wattan minal iman
Saya dengan rasa rendah dirinya,mempersembahkan karya saya;

******************************************

************************************************

*********************************************
Demikian adalah antara sedutan yang terdapat dalam cerita Hikayat Assassin Melayu atau lebih digelar sebagai The Malays Assassins Secret History yang akan dimuatkan dalam blog ini.Cerita ini berdasarkan cerita fiksyen hasil buah pemikian penulis sendiri mengenai peranan kumpulan rahsia assassin dalam garis masa sejarah Melayu juga dalam perjuangan menentang anasir penjajahan di tanah air kita.Semoga ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua.
Nantikan post selanjutnya mengenai hubungan darah rahsia di antara masa dahuu dan sekarang melalui proses chanelling,rahsia perjuangan Assassin dalam menentang penjajah dan petualang bangsa dalam menegakkan kedaulatan agama,bangsa dan tanah air.
Hubbul wattan minal iman
Saya dengan rasa rendah dirinya,mempersembahkan karya saya;
HIKAYAT ASSASSIN MELAYU:
JIHAD DI SEMEMANJUNG EMAS
Akan ku cari pengkhianat bangsa dan basahkan bumi bertuah ini dengan darah mereka.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan