HIKAYAT ASSASSINS MELAYU
Watak-watak dan Perwatakan
1.AZZAYNEE AZHAM
-Antara watak protagonis utama yang menggerakkan plot cerita.
-Berusia 18 tahun dan baru sahaja kematian ibunya.
-Berpindah ke kampung halamannya di luar bandar dan tinggal dengan datuknya.
-Suka memakai earphone di telinganya dan mendengar muzik techno.
-Walaupun dari segi luaran,dia kelihatan seperti orang yang anti-sosial dan garang,namun dia sebenarnya seorang yang peramah dan suka menolong orang.
-Pandai menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya
-Seorang yang tegas dan selalu bepegang pada prinsip,dan kadangkala agak keras kepala
-Berjaya menemui rahsia gelap keluarganya yang berusia ratusan tahun
-Merupakan pewaris legasi Assassin dalam keluarganya,sama seperti abangnya.
2.ANDRIAN AZHAM
-Merupakan abang kandung kepada Azzaynee dan berusia 30 tahun.
-Merupakan seorang pegawai perisik Inteliggence Officer rahsia kerajaan,yang bekerja mengorek rahsia dan mengintip negara lain.
-Beliau juga seorang assassin yang berkhidmat dengan pihak istana.
-Bertemu semula dengan adik-adiknya,terutama sekali Azzaynee setelah lebih dua belas tahun pergi menghilangkan diri dari keluarganya.
-Seseorang yang suka berahsia dan pandai menjaganya dengan baik sekali.
-Pandai dalam seni mempertahankan diri sepert komando,terutama sekali dalam seni membunuh secara senyap.
-Suka berjenaka dan mengambil berat mengenai ahli keluarganya,terutama sekali Azzaynee yang sangat disayangi.
3.CHE AZHAM BIN CHE MUHAMMAD AL-AMIN
-Merupakan bapa kandung kepada Azzaynee dan Andrian dan berusia sekitar 50 tahun
-Semasa di bandar,beliau merupakan seorang usahawan korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan alat-alat komputer
-Selepas kematian isterinya akibat kemalangan jalan raya,beliau berhenti dari bidang tersebut dan membawa keluarganya berpindah ke luar bandar dan tinggal di kampung.
-Beliau juga merupakan seorang assassin yang kini sedang dicari oleh pihak luar
-Merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab pada keluarganya dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya,terutamanya Azzaynee yang baru tamat sekolah.
4.NARA BIYAJID
-Protagonis utama dalam cerita ini.
-Seorang assassin yang berusia sekitar 20 tahun dan tinggal di Semenanjung Melayu sekitar abad ke 16.
-Merupakan anak kepada Seri Nara Diraja,salah seorang pembesar istana Kesultanan Melayu Melaka.
-Mahir dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri,terutamanya silat.Beliau banyak mempelajari seni mempertahankan diri luar seperti karate,kungfu dan ilmu ninja yang dipelajarinya dari pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka pada masa itu.
-Seorang yang kuat agama dan ampuh zikirnya.Beliau juga seorang yang pendiam dan jarang dilihat bercakap banyak.
-Suka menolong orang dan bersedekah walaupun beliau seorang anak bangsawan.
-Merupakan ahli pertubuhan rahsia Assassin di Melaka yang diketuai oleh Dato' Sang Persata Nala
-Cekap dan berpandangan tajam.Beliau mahir membunuh secara senyap menggunakan rantai dan badik.Badik merupakan senjata utama,di samping rantai dan terakol miliknya.
-Sangat benci pada pengkhianat dan petualang bangsa,dan kebanyakan di kalangan mereka diakhiri riwayat mereka di tangannya.
-Seorang yang taat kepada orang tua.Beliau berkhidmat atas nama Sultan Melaka walaupun paduka sultan sendiri tidak mengetahuinya.
-Merupakan musuh ketat bagi pihak Portugis yang menjajah Melaka waktu itu.
5.NURUL ALYNA SHAFEENA
-Rakan baru Azzaynee setelah dia berpindah ke kampung.Alyna berusia 17 tahun,setahun lebih muda dari Azzaynee.
-Beliau adalah seorang anak jati kampung tersebut namun dia juga merupakan seorang assassin di sebalik identitinya sebagai anak kampung.
-Merupakan seorang yang berperwatakan ceria dan manis.
-Selalu dikacau oleh Azzaynee kerana sifatnya yang mudah tersentuh,dan kadang-kadang suka mencari jalan untuk Azzaynee sentiasa menumpukan perhatian kepadanya.
-Pantang dicabar dan akan bersifat tsundere bila Azzaynee ada di sisinya.
-Menyimpan perasaan yang agak dalam pada Azzaynee semenjak hari pertama lelaki itu duduk di kampung tersebut.
-Selalu dikacau oleh Azzaynee kerana sifatnya yang mudah tersentuh,dan kadang-kadang suka mencari jalan untuk Azzaynee sentiasa menumpukan perhatian kepadanya.
-Pantang dicabar dan akan bersifat tsundere bila Azzaynee ada di sisinya.
-Menyimpan perasaan yang agak dalam pada Azzaynee semenjak hari pertama lelaki itu duduk di kampung tersebut.
6.AMIR ASHRAF TAQIYUDDIN
-Merupakan rakan lama kepada Azzaynee semasa Azzaynee tinggal di kampung sebelum berhijrah ke bandar
-Bertemu semula dengan rakan lamanya,Azzaynee setelah 11 tahun Azzaynee tinggal di bandar.
-Sentiasa berpakaian kemas dan pandai menjaga dan menepati masa.
-Baru sahaja tamat menghadapi peperiksaan SPM dan berazam mahu melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang Sejarah Islam
-Seorang yang kelakar dan suka tersenyum.Bijak dalam mengambil tindakan dan penuh tanggungjawab.
-Seorang pemuda yang sangat bersopan santun dan jarang meninggikan suaranya.
-Amir juga merupakan seorang assassin dan merupakan rakan seperguruan silat dengan Azzaynee.
7.SANG PERSATA NALA
-Merupakan mahaguru kumpulan Assassin yang bertapak rahsia di Melaka pada masa itu.
-Seorang tua yang berusia agak lanjut,namun sangat cergas dan tajam penglihatannya.
-Mempunyai ilmu persilatan yang tinggi,namun tidak suka menunjukkannya pada orang lain.
-Merupakan seorang ahli sufi dan sangat disegani oleh murid-muridnya,terutamanya Nara Biyajid.
-Sangat mengambil berat atas keselamatan anak buahnya
-Antara watak rahsia yang memainkan peranan penting di kalangan tentera Melaka pada masa kejatuhannya.
8.RAJA ALAUDDIN SYAH
-Merupakan putera bongsu kepada Sultan Melaka pada masa itu,Sultan Mahmud Shah Zilullah-fil-alam dengan Tun Fatimah.
-Seorang putera yang kacak dan berperibadi mulia terhadap rakyatnya.
-Merupakan penaung rahsia kumpulan Assassins yang bertapak di Melaka pada masa itu.Baginda juga satu satunya ahli kerabat diraja Melaka yang mengetahui mengenai kumpulan Assassin di Melaka pada masa itu.
-Sangat taat kepada bonda dan ayahanda baginda,walaupun baginda menyimpan rahsia besar mengenai kumpulan Assassin Melaka pada masa itu.
-Meneruskan legasi ayahanda baginda dalam mengambil semula Kota Melaka yang jatuh ke tangan Portugis,dengan menubuhkan sebuah kerajaan baru di Ujung Tanah;dengan nama Kesultanan Johor Darul Salam.











